Kami sampaikan dari hati, supaya sampai kepada hati..
Menjengah Alam dengan ketenangan jauh dari hiruk
pikuk Bandar.
Sesegar udara lalu mencelikan mata yang selama ini
dihidangi kekusutan metropolitan, begitulah alam memerlukan kesedaran para
pengunjung yang dihormati untuk terus mengekalkan khazanah alam lalu memulihara
alam ini.
Dengan rendah diri bersama permintaan kami kepada
pengunjung:
a. Sungai punca air terjun di kawasan kem sentiasa
jernih, alam memerlukan pengunjung untuk mengekalkan keindahan ini tanpa
sebarang sabun atau bahan kimia sintesis
b. Hutan di kawasan kem sentiasa indah, alam memerlukan
pengunjung untuk menyimpan atau mengambil sekurang-kurangnya sehelai bahan
buangan yang dilakukan oleh golongan yang tidak menyedari untuk dibawa pulang.
c. Tumbuhan merupakan gedung farmasi, alam memerlukan
untuk terus memelihara tanpa sesenang-senangnya mencabut atau memotong pokok.
Kerana kami mahu memahami alam, menjadi sebahagian
dari alam, mencari nilai kesyukuran dari alam yang sentiasa berjaya…menawan
hati, menawan bumi. Mari kita keluar
dari daerah selesa untuk mengerti dan memahami lalu belajar dari
pengalaman…
Alam menjanjikan perubahan.esok di laluan denai yang
sama, mungkin tidak sama seperti hari ini, Denai yang berubah wajah dan semakin
menawan mencerminkan alam, sentiasa berubah untuk menawan hati kita..itulah
kejayaan alam… kita bagaimana?
Mari kita belajar dari alam.
Sedikit perkongsian sebelum mata bertemu mata
AZIZAN
Pengurus Latihan & Pembangunan Modul
TTT/9894 (Jurulatih Tauliah Permodalan Sumber Manusia Berhad)